Salim Aziz
Dr
Mahathir berkata selagi parti-parti Melayu tidak bersatu ia akan
mengakibatkan
parti-partu tersebut perlu bergantung antara satu sama
lain untuk menang. - Gambar
fail/Astro AWANI
LANGKAWI:
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata parti-parti yang
mewakili kaum Melayu kini sebenarnya sudah menjadi parti minoriti.
Bercakap
kepada media, Dr Mahathir berkata selagi parti-parti Melayu tidak
bersatu ia akan mengakibatkan parti-partu tersebut perlu bergantung
antara satu sama lain untuk menang.
Mengulas lanjut mengenai hasratnya untuk kembali semula kepada UMNO, beliau menyatakan parti itu sekarang ini sudah rosak.
Walau
bagaimanapun, beliau mengakui mempunyai banyak formula untuk mengatasi
perkara tersebut namun katanya tidak ramai yang bersetuju.
“Masa
tu orang tanya masuk UMNO tapi sebenarnya UMNO sekarang ni dah jadi
kotor. Jadi, nak balik ke UMNO dalam keadaan kotor tu tak boleh la, tapi
kalau orang UMNO nak keluar dan masuk bersama kita boleh la kita
berkerjasama.
"Orang asyik bercakap pasal Melayu unity (bersatu), ini tak akan terjadi pasal masing-masing ada rancangan masing-masing.
"Jadi
masing-masing tak nak kerjasama... kita dah jadi minoriti, (iaitu)
parti-parti kecil belaka (dan) kena bergantung kepada orang untuk
menang," katanya kepada pemberita di sini.
Terdahulu,
Pada Rabu, Tun Mahathir berkata beliau sedia kembali ke pangkuan UMNO
sekiranya parti itu kembali berpegang kepada dasar awalnya iaitu
berjuang untuk bangsa, negara dan agama.
“Saya
boleh kembali kepada UMNO tapi orang yang 'penyangak-penyangak' semua
minta maaflah, saya tak boleh bekerjasama dengan mereka,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan