Sinar Harian
Ahmad
Zahid berkata, ketika pembentukannya, kerajaan PN hanya didukung
seramai 113 orang ahli Parlimen. - Gambar fail/Astro AWANI
SHAH ALAM:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bahawa pembentukan
kerajaan Perikatan Nasional (PN) hanyalah berdasarkan jumlah majoriti
satu undi sahaja.
Presiden UMNO itu berkata, ketika pembentukannya, kerajaan PN hanya didukung seramai 113 orang ahli Parlimen.
Menurutnya, untuk membentuk kerajaan, ia memerlukan sekurang-kurangnya 112 ahli Parlimen.
“Ertinya
kelebihan satu kerusi manakala seorang ahli Parlimen daripada UMNO
iaitu ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak pernah
menandatangani sebarang akujanji untuk memberikan sokongan kepada
Perdana Menteri sekarang,” katanya menerusi satu wawancara hati ke hati
bersama Presiden UMNO yang disiarkan di Malaysiaport pada Ahad.
Ahli
Parlimen Bagan Datuk itu menjelaskan, dalam pembentukan itu juga,
seramai 43 ahli Parlimen dari UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta 18
ahli Parlimen Pas telah sepakat untuk mencalonkan Tan Sri Muhyiddin
Yassin yang telah meninggalkan Pakatan Harapan (PH) sebagai Perdana
Menteri.
“(Ini) disertai oleh
penghijrah-penghijrah politik seramai 15 orang daripada UMNO serta
muhajirin daripada sebuah parti yang dahulunya dalam PH yang akhirnya
dengan dokongan 61 ahli Parlimen dari Muafakat Nasional telah dapat
membentuk kerajaan ada sekarang ini,” katanya.
Ahmad
Zahid menyatakan rakyat seharusnya mengetahui bagaimana pengorbanan
UMNO dan BN dalam mewujudkan kerajaan yang ada sekarang ini.
Dalam
pada itu, Ahmad Zahid turut mengulas mengenai kenyataan dibuat
sesetengah pihak bahawa UMNO dan BN seharusnya bersyukur dan berterima
kasih dengan penyertaan parti itu di dalam kerajaan yang ada sekarang.
“Dengan
43 sokongan ini tentunya kita harus mengetahui siapa yang patut
bersyukur, siapa yang patut berterima kasih dengan pembentukan kerajaan
yang ada sekarang,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan