Astro Awani
Ahmad Zahid mendakwa, terdapat seseorang daripada parti UMNO yang kerap
bertemu dengan pemimpin parti DAP. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan bahawa parti
itu pernah berbincang untuk mengadakan kerjasama dengan DAP.
Memetik laporan Sinar Harian, beliau bagaimanapun mendakwa, terdapat seseorang daripada parti UMNO yang kerap bertemu dengan pemimpin parti DAP.
Tegas Ahmad Zahid, adalah terlalu awal untuk UMNO mengumumkan gabungan dengan mana-mana parti.
“Terlalu awal untuk menyebutkan bahawa kita mahu bergabung dengan parti itu dan parti ini.
“Kita
tidak pernah berbincang walaupun ada seseorang dari parti kami yang
memegang jawatan agak penting ketika itu yang kerap bertemu pemimpin
parti itu (DAP) berbanding Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional
(BN),” katanya sebagai dipetik menerusi satu wawancara hati ke hati
bersama Presiden UMNO yang disiarkan di Malaysiaport pada Ahad.
Sebelum
ini, bekas Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa pernah mendakwa,
wujud gerakan UMNO untuk bekerjasama dengan DAP termasuk membentuk
kerajaan baharu.
Menurut Menteri Wilayah
Persekutuan itu, beliau menerima laporan bahawa UMNO dalam proses
menjalin kerjasama dengan DAP untuk tujuan itu.
Ahli Parlimen Ketereh itu juga menjelaskan, perundingan itu melibatkan beberapa orang yang tidak dimaklumkan kepada parti.
Annuar
bagaimanapun enggan mendedahkan individu yang terlibat dalam
'rundingan' itu, sebaliknya, hanya memberitahu, pertemuan itu melibatkan
pucuk kepimpinan tertinggi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan