Astro Awani
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengumumkan ADUN Jeram, Mohd Shaid Rosli dilantik Ahli Majlis Eksekutif Pusat (MEP).
KUALA LUMPUR:
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengumumkan Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Jeram, Mohd Shaid Rosli dilantik Ahli Majlis Eksekutif
Pusat (MEP).
Turut dilantik menganggotai MEP ialah Nabil Ramli.
Menerusi
satu kenyataan pada Khamis parti itu turut mengumumkan pelantikan
Akhramsyah Sanusi sebagai Ketua Biro Penyelidikan Pejuang dan Datuk Seri
Khairuddin Abu Hassan sebagai Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan.
Jelas kenyataan itu, pelantikan berkenaan dibuat biro politik parti dengan persetujuan ahli Majlis Eksekutif Pusat.
Turut
dilantik ialah Wan Azliana Wan Adnan sebagai Ketua Biro Latihan, Datuk
Ir Wan Nazari Wan Yusof sebagai Ketua Pejuang Terengganu dan Rosley Mat
sebagai Ketua Pejuang Perlis.
Pendaftaran parti yang diasaskan Tun Dr Mahathir Mohamad itu masih belum diluluskan Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur pada 15 April lalu menetapkan permohonan semakan
semula kehakiman untuk pendaftaran parti itu pada 31 Mei ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan