HALAMAN SANTAI

Jumaat, 7 Mei 2021

Segerakan siasatan berhubung dakwaan bekas Ketua Polis Negara - Asyraf Wajdi

Astro Awani
Segerakan siasatan berhubung dakwaan bekas Ketua Polis Negara - Asyraf Wajdi
Kata Asyraf, dakwaan-dakwaan yang didedahkan adalah amat serius kerana bukan sahaja dibuat oleh bekas kepimpinan tertinggi agensi keselamatan negara bahkan melibatkan aspek integriti kepimpinan kerajaan dan kedaulatan negara. - Gambar fail
 
KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di seluruh negara telah membuat laporan polis terhadap pendedahan yang telah dilakukan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengenai dakwaan berlakunya kegiatan budaya rasuah dalam amalan lompat parti serta campur tangan yang serius dalam institusi Polis DiRaja Malaysia bagi tujuan politik.
 
Ketuanya Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan hari ini berkata dakwaan-dakwaan yang didedahkan Abdul Hamid adalah amat serius kerana bukan sahaja dibuat oleh bekas kepimpinan tertinggi agensi keselamatan negara malah melibatkan aspek integriti kepimpinan kerajaan dan kedaulatan negara.
 
“Pemuda UMNO mahu kertas siasatan untuk segera dibuka dan keterlibatan agensi-agensi lain terutamanya pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi menyiasat dan memanggil bekas Ketua Polis Negara bagi menyelamatkan Negara daripada berterusan dipersepsikan dengan imej kebankrapan integriti sehingga menjejaskan keyakinan rakyat dan kepercayaan pelabur,” menurut kenyataan itu.

Tiada ulasan: