HALAMAN SANTAI

Rabu, 12 Mei 2021

Apakah Presiden batal hukuman Tun Faisal?

  Borhan Abu Samah

Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berharap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menarik balik hukuman terhadap beliau.

“Alhamdulillah, di bulan Ramadan yang mulia ini, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah memberi kemaafan kepada semua pihak yang berbeza pendapat dangan beliau dan parti. Semoga hukuman PENGGANTUNGAN SELAMA 6 TAHUN ke atas saya juga dapat ditarik balik. Terima kasih Datuk Seri Presiden.”

Beliau membuat tulisan secara terbuka itu di Facebook beliau semalam.

Tun Faisal yang juga Naib Ketua Bahagian UMNO Putrajaya dikenakan tindakan kerana didakwa menfitnah presiden.

Tun Faisal bagaimanapun menafikan berbuat sedemikian, sebaliknya hanya mahukan Ahmad Zahid menjelaskan tentang ketulenan surat sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tersebar di media sosial.

Tun Faisal yang juga pegawai media kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, dikatakan mempunyai hubungan baik dengan Ahmad Zahid.

Ahmad Zahid juga difahamkan mahukan Tun Faisal berkhidmat dengan Annuar kerana pengalaman dan kesetiaannya kepada parti.

Bagaimanapun apabila terdapat pergeseran di antara Ahmad Zahid dengan Annuar berhubung pendirian UMNO dalam bekerjasama dengan Bersatu di dalam Perikatan Nasional (PN), isu itu telah mengheret Tun Faisal.

Bagaimanapun sepanjang bulan Ramadan ini ketegangan politik mulai kendur dan Ahmad Zahid dalam wawancara sempena 75 tahun ulang tahun UMNO berkata beliau telah memaafkan semua.

Kenyataan yang menunjukkan besarnya hati Ahmad Zahid itu melegakan banyak pihak.

Tiada ulasan: