KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi membenarkan Abdul Hadi Awang, membatalkan saman oleh dua rakyat Sabah yang mendakwa Presiden PAS itu membuat kenyataan hasutan terhadap penganut Kristian dan mahu beliau didakwa.
Hakim Akhtar Tahir berkata Maklin Masiau dan Lawrence Jomiji Kinsil@Maximilhian tiada locus standi untuk membuat tuntutan itu.
“Tuntutan itu juga semberono dan menyalahguna proses pengadilan,” kata hakim dalam keputusan lisannya.
Hakim memerintahkan Maklin dan Lawrence masing-masing membayar RM50,000 kepada Hadi sebagai kos.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan