HALAMAN SANTAI

Jumaat, 7 Mei 2021

Najib, pengurus restoran nasi ayam langgar SOP dikompaun RM13,000

Kumara Sabapatty
Former Prime Minister Datuk Seri Najib Razak 1MDB debts KWAN 1Malaysia Development Berhad
Datuk Seri Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak diikenakan kompaun RM3,000 atas pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) norma baharu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada Jumaat 19 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, keputusan kertas siasatan kes itu telah diterima daripada Pejabat Peguam Negara, Putrajaya pagi tadi.

Peguam Negara turut mengarahkan Pengurus Restoran Nasi Ayam Hainan Chee Meng di Bukit Bintang itu, Yeok Wei Hao telah dikenakan kompaun RM10,000 kerana melakukan kesalahan di bawah peraturan 19 peraturan-peraturan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit (langkah-langkah di dalam kawasan tempat penyakit berjangkit) (kawalan pergerakan bersyarat) (no. 4) 2021

“Dia dikenakan tindakan kerana gagal mengarahkan bekas perdana menteri itu membuat imbasan MySejahtera atau menulis nama di dalam buku daftar sebagaimana yang disyaratkan dalam sop norma baharu (PKPB) yang sedang berkuatkuasa.

“Manakala Najib pula dikenakan dua kompaun sebanyak RM1,500.00 bagi setiap kesalahan kerana gagal mengimbas suhu badan semasa memasuki premis Restoran Nasi Ayam Hainan Chee Meng.

“Bagi kesalahan kedua pula, beliau didapati gagal mendaftar kehadiran ke premis itu sama ada melalui aplikasi MySejahtera atau menulis nama secara manual,” katanya dalam satu kenyataan berhubung perkembangan kes itu hari ini.

Menurut Mohamad Zainal, semua yang terlibat akan dikeluarkan kompaun dalam masa terdekat membabitkan jumlah keseluruhan kompaun sebanyak RM13,000.00.

Beliau sekali lagi menasihati orang ramai supaya terus mematuhi sop yang ditetapkan oleh majlis keselamatan negara (MKN) dalam memerangi wabak Covid-19.

Pada 19 Mac lalu, satu video tular dalam media sosial memaparkan Najib tidak melakukan imbasan suhu badan dan ‘check in’ MySejahtera apabila hendak memasuki Restoran Nasi Ayam Hainam Chee Meng, Jalan Bukit Bintang.

Mohamad Zainal dalam kenyataan pada hari berikutnya menegaskan, Najib akan dirakam keterangan berkaitan soal pelanggaran SOP norma baharu PKPB yang dikuatkuasakan ketika itu. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: