Sinar Harian
Azis
berkata isu itu timbul selepas temu ramah menerusi satu forum
melibatkan Datuk Darell Leiking dan Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai
panel. -Gambar fail
KOTA KINABALU:
Kerjasama antara Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Bersatu Sabah
(PBS) yang hangat diperkatakan baru-baru ini hanyalah andaian daripada
penyokong kedua-dua pihak.
Ketua Wira
Warisan, Datuk Azis Jamman berkata isu itu timbul selepas temu ramah
menerusi satu forum melibatkan Timbalan Presiden Warisan, Datuk Darell
Leiking dan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai
panel.
"Dalam
forum itu, moderator bertanya adakah berlaku kemungkinan Warisan dengan
UMNO mempunyai bekerjasama. Datuk Bung memberi komen ketika itu
mengatakan politik ini hidup, sebarang kebarangkalian boleh berlaku.
"Begitu
juga Datuk Darell ada menyebut bahawa dalam politik ini apa-apa
kebarangkalian boleh berlaku. Jadi itu memulakan tercetusnya hingga
menyebabkan kononnya berlaku perbincangan antara Warisan dengan UMNO.
beliau selaku presiden
parti melontarkan cadangannya, bahawa jika diberi pilihan dia berminat
untuk bekerjasama dengan PBS kerana sentimen parti tempatan yang
memperjuangkan benda yang sama, hak dan kepentingan rakyat Sabah.
"Lontaran
daripada kata-kata itu, maka penyokong di kedua-dua pihak membuat
andaian dan gambaran bahawa terdapat satu gerakan kerjasama antara PBS
dengan Warisan," katanya menjelaskan situasi tercetusnya khabar angin
bahawa kononnya Warisan bergabung dengan parti tempatan untuk menubuhkan
kerajaan baharu.
Beliau berkata demikian
ketika menjadi panel pada forum Bicara Minda: Bolehkah Kerajaan
Bertukar Ketika Darurat yang dilakukan secara langsung di akaun Facebook
rasminya, pada malam Isnin.
Bagaimanapun,
Azis yang juga Ahli Parlimen Sepanggar turut bersetuju dengan pandangan
Bung Moktar bahawa banyak kebarangkalian boleh berlaku dalam politik.
"Secara
peribadi, saya setuju apa yang disebut Datuk Bung bahawa politik ini
hidup. Banyak kebarangkalian berlaku, dia boleh bertukar mengikut masa
dan akhirnya yang menjadi pertimbangan kita selaku pemimpin dan apa yang
dinantikan oleh rakyat adalah asas kepada perjuangan kita.
"Hari
ini kita bercerita tentang hak dan kepentingan Sabah dan kalau kita
meletakkan ego kita, meletakkan soal politik menjadi keutamaan dan
meletakkan kepentingan Sabah sebagai perkara kedua, inilah yang
menyebabkan Sabah ini terlalu sukar untuk diselesaikan.
"Banyak
isu yang sepatutnya tidak berlaku di Sabah seperti isu kemajuan,
pendidikan, pendatang asing tanpa izin (PATI), banyak isu-isu yang
sewajarnya kita dapat selesaikan jika kita bersatu dan saya nampak ada
peluang di hadapan," katanya.
Sehubungan
itu, beliau sebagai pemimpin muda dalam Warisan bersetuju jika semua
pihak meletakkan kepentingan politik dan ego membatasi kepentingan
negeri Sabah.
"Sebab itu saya bersetuju
dengan Mohd Shafie, tetapi sudah tentu kita tidak memaksa, jangan pula
ada yang mengatakan kita terhegeh-hegeh kita mahu jadi kerajaan, mahu
berkuasa, ini bukan disebabkan kuasa," katanya.
Sementara
itu, mengulas berhubung tajuk forum itu, Azis menyatakan, peralihan
kuasa kerajaan bergantung kepada Yang di-Pertuan Agong di mana ketika
ini proklamasi darurat masih berkuat kuasa.
"Menyentuh
adakah kerajaan boleh bertukar, sudah tentu tidak. Ia bergantung kepada
Yang di-Pertuan Agong, jika Agong membenarkan maka boleh berlaku
peralihan kuasa.
"Jika Agong
memperkenankan agar boleh dibuka Dewan Undangan Negeri (DUN) atau boleh
dilaksanakan persidangan Parlimen, maka peralihan kuasa, perubahan
kerajaan itu boleh dilakukan dan kalau tidak ada diperkenankan,
jawapannya sudah tentu tiada (peralihan kuasa)," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: 'Kerjasama Warisan-PBS hanya andaian penyokong'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan