Ruzaini Zulkepli
Dr
Romzi berkata, ini kerana semua pihak sedang menunggu keputusan Pilihan
Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebelum membuat keputusan drastik.
KOTA KINABALU:
Isu tular mengenai jajaran politik baharu yang digembar-gemburkan
beberapa hari lalu disifatkan propaganda serta retorik semata-mata.
Penganalisis
Politik Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Romzi Ationg berkata, ini
kerana semua pihak sedang menunggu keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15
(PRU15) sebelum membuat keputusan drastik.
"Walaupun
di pihak Warisan Plus mahupun pihak Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada
ketika ini berdepan dengan isu dalaman tetapi rasanya itu tidak
memungkinkan pergolakan politik yang melampau serta berlaku perubahan
dalam tempoh terdekat.
"Itu
adalah satu benda yang satu harus dihentikan segera, hentika berpolitik
sebaliknya fokus kepada usaha membangunkan ekonomi negeri, kebajikan
rakyat dan menangani COVID-19," katanya.
Beliau berkata demikian ketika memberi reaksi berhubung isu jajaran politik baharu yang tular di media sosial sejak semalam.
Terdahulu,
senario politik di Sabah sedikit kecoh susulan beberapa rakaman audio
dan mesej tular di aplikasi Whatsapp dengan mengatakan Parti Warisan
Sabah (Warisan) Plus bersama Parti Bersatu Sabah (PBS) dan kerjasama
ADUN lain, bakal mengambil alih tampuk kerajaan sedia ada.
Dalam
pada itu, ketika mengulas akan adanya kerjasama antara Warisan dan PBS
di masa ini, Dr Romzi berkata, ianya tidak semudah yang disangka.
"Saya
juga yakin sesetengah parti itu khususnya PBS bukanlah satu parti yang
ingin bertindak melulu, parti ini juga sudah semestinya merupakan sebuah
parti yang ingin kekal dalam persada politik negara.
"Untuk
bergabung dengan Warisan Plus sudah pastinya pelbagai pertimbangan akan
diambil kira dan saya juga melihat bahawa ADUN-ADUN bebas tidak akan
bertindak secara melulu," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan