HALAMAN SANTAI

Khamis, 6 Mei 2021

MB Perak takut lawan Hamzah, UMNO akan pilih calon lain

AGENDA DAILY

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad menafikan akan bertanding di PArlimen Larut yang kini disandang Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad menafikan khabar angin mengatakan kononnya akan diletak bertanding di kerusi Parlimen Larut pada pilihan raya umum nanti, yang kini disandang oleh Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Bagaimanapun, Ketua Badan Perhubungan UMNO negeri itu mengatakan bahawa parti itu akan tetap bertanding di kerusi Parlimen berkenaan, yang sebelumnya disandang oleh UMNO sebelum Hamzah berpaling tadah kepada Bersatu selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Tidak ada perbincangan yang diadakan di mana-mana [mengenai perkara itu],” katanya menurut laporan portal Malaymail.

Sebaliknya, Saarani menjelaskan mungkin akan bertanding kerusi yang dipegangnya kini pada pilihan raya akan datang atau kemungkinan kerusi Parlimen Lenggong.“Saya dari Lenggong,” jelasnya.

Saarani kini merupakan ADUN Kota Tampan, yang berada di bawah kerusi Parlimen Lenggong.

Saarani berkata, calon anak tempatan adalah yang paling sesuai diletak untuk bertanding di Larut bagi mencabar Hamzah dan ia akan diputuskan oleh bahagian UMNO di kawasan itu sendiri.

“Saya telah berulang kali bercakap, biar halilintar membelah bumi UMNO akan bertanding di kerusi tersebut,” katanya, menggunakan peribahasa Melayu yang bermaksud “apa sahaja yang datang”.

Semalam, laporan mengatakan UMNO sedang mempertimbangkan calon yang kuat untuk bertanding di Larut berikutan Hamzah telah menyertai Bersatu.

Antara nama yang dipertimbangkan untuk kerusi Parlimen itu adalah Saarani, menurut laporan itu lagi.

Tiada ulasan: