HALAMAN SANTAI

Selasa, 18 Mei 2021

Najib sibuk kecam kerajaan, sampai lupa kongsi gambar raya dengan Rosmah?

AGENDA DAILY

Datuk Seri Najib Razak dalam satu perkongsian gambar di laman Facebooknya. Kredit FB Najib Razak

 

Walaupun Aidilfitri tahun ini disambut dalam suasana perintah kawalan pergerakan (PKP), orang ramai masih tetap bersabar dan banyak juga berkongsi gambar mereka dalam platform media sosial bersama keluarga tercinta saling maaf-bermaafan satu sama lain tidak kira dimana jua.

Bagaimanapun berbeza dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sampai hari ini tidak berkongsi gambar berhari raya bersama isteri tercinta, Datin Seri Rosmah Mansor dan kalau ada pun sekeping gambar perkongsian bersama anaknya, Norashman Najib.

Najib juga ada berkongsi gambar potret bersama arwah ibunya, Tun Rahah Mohamed Noah yang meninggal dunia pada Disember tahun lalu. Al-Fatihah kepada Najib sekeluarga.

Hari ini sudah masuk hari keenam umat Islam menyambut Aidilfitri, bagaimanapun yang menjadi tanda tanya warganet ketika ini ke mana pergi isteri kesayangan Najib?

Kebiasaannya, Najib akan berkongsi gambar bersama isterinya dan membuat ucapan Selamat Hari Raya sama seperti setiap tahun sebelum ini namun pada tahun ini tidak ada satu pun gambar pasangan suami isteri itu dimuat naik memberi ucapan Selamat Hari Raya.

Semakan Agenda Daily dalam laman rasmi Facebook Najib yang popular, setakat 18 Mei 2021 masih tidak ada ucapan Aidilfitri bersama Najib dan Rosmah bersama kepada rakyat Malaysia.

Sepanjang seminggu hari raya, Najib nampaknya sibuk dan lebih banyak mengkritik kerajaan Perikatan Nasional (PN) berhubung isu-isu ekonomi dan juga cara menangani penularan Covid-19.

Rumusannya, Najib sibuk dengan tugasan hariannya mengecam kerajaan setiap hari sehingga terlupa memuatnaik gambar bersama isteri tercinta. Kasihan.

Begitu lah besar jasanya seorang bekas Perdana Menteri yang prihatin dengan nasib rakyat semasa PKP 3.0 dilaksanakan.

Lihat lah rakyat jelata pengorbanan seorang bekas perdana menteri ini kepada rakyat sampai gambar berhari raya dengan isteri pun terlupa, besar pengorbanan beliau yang perlu kita hargai.

Namun, sumber Agenda Daily juga memberitahu kemungkinan larangan merentas daerah menjadi punca kedua-dua pasangan tersebut tidak dapat menyambut hari raya bersama.

Larangan rentas daerah menghalang kedua-dua pasangan merpati sejoli tersebut untuk berhari raya bersama memandangkan dengar khabarnya seorang tinggal di Pavillion dan seorang lagi di Jalan Duta. Begitu lah dengar-dengarnya. Mungkin Najib sahaja boleh sahkan.

Agenda Daily tidak mahu membuat sebarang spekulasi berhubung kedua-dua mereka, kita doakan lah yang terbaik buat bekas perdana menteri dan isterinya dalam apa jua keadaan.

Tidak mengapa, Najib boleh teruskan kerjanya setiap hari membalun dan mengecam kerajaan. Berat tanggungjawab bekas perdana menteri itu, terbaharu beliau berkata kalau kerajaan Barisan Nasional (BN) masih memerintah sudah pasti hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dapat dilangsaikan.

Begitu hebat bekas perdana menteri kita, hutang cukai pendapatan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pun ada yang banyak tertunggak, sekarang ada hati pula cakap hutang 1MDB boleh dilangsaikan jika BN masih menjadi kerajaan.

Cukup-cukup lah buat lawak semasa Hari Raya ini, rakyat sudah cukup tertekan dengan keadaan Covid-19 dan tidak perlu lagi mendengar jenaka Najib. Hutang LHDN sudah bayar?

Tiada ulasan: