HALAMAN SANTAI

Jumaat, 7 Mei 2021

Rakyat harus perkasa institusi polis, kehakiman, SPRM - Peguam

Astro Awani
Rakyat harus perkasa institusi polis, kehakiman, SPRM - Peguam
Jahaberdeen menjelaskan, rakyat dan orang politik perlu memastikan institusi berkenaan diperkasa dan menjadi penting terutama sewaktu krisis. - Astro AWANI
 
KUALA LUMPUR: Rakyat harus segera memperkasakan institusi polis, kehakiman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sebagainya.
 
Peguam Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos menjelaskan, rakyat dan wakil politik perlu memastikan institusi berkenaan diperkasa dan menjadi penting terutama sewaktu krisis.
 
"Kalau kita hendak memperkasakan rakyat, kita tidak boleh bergantung kepada wakil politik, kita kena bergantung kepada institusi-institusi. Rakyat harus memperkasakan semua institusi-institusi ini, polis, kehakiman, SPRM dan sebagainya.
 
"Institusi-institusi inilah yang akan menjadi penting sewaktu krisis. Jadi rakyat bersama wakil politik yang bertanggungjawab adalah memastikan institusi-institusi ini diperkasakan dengan cara ada orang yang berintegriti, orang yang berkebolehan dan sebagainya.
 
"Kita kena fikir jangka panjang dan kalau kita nak ubah negara kepada keadaan lebih baik, kita hendak meningkatkan kesejahteraan rakyat, orang-orang lama yang faham cara lama harus beredar. Cruel but its true," katanya sewaktu menjadi panel program Dialog Tiga Penjuru pada Khamis.
 
Dalam pada itu katanya, apa yang dilalui rakyat hari ini adalah pembelajaran baharu yang tidak pernah dihadapi.
 
Ujarnya, pandemik, perubahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) serta Perikatan Nasional (PN) adalah uji kaji untuk melihat bagaimana keseimbangan dan penerimaan masyarakat.
 
Katanya lagi, orang-orang lama di dalam politik perlu mengundur diri kerana perubahan landskap politik yang tidak lagi sesuai dengan zaman mereka.

Tiada ulasan: