HALAMAN SANTAI

Selasa, 24 Ogos 2021

Fanatik Anwar masih menafikan fakta ditipu Zahid, gesa setia bersama


Sememangnya sudah dijangka, kumpulan fanatik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim akan cuba menafikan fakta Ketua Pembangkang tersebut sebenarnya sudah ditipu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama konco-konconya.

Penyokong fanatik Anwar tidak dapat menerima realiti bahawa Anwar sebenarnya ditipu hidup-hidup dengan Zahid, kini cuba memutar-belit fakta kononnya Presiden PKR itu enggan bersekongkol dengan kleptokrat.

Sebagai contoh Ahli Parlimen (MP) Pasir Gudang, Hassan Karim yang cuba menukar fakta dengan mempertahankan bosnya itu kononnya tidak akan berkompromi dengan penjenayah rasuah dan ia sudah terbukti.

“Ini semua ‘nonsense’. Cakap-cakap seperti itu datang dari ‘deep state’ iaitu musuh PH (Pakatan Harapan) yang memang hendak menghancurkan PH dan Anwar.

“Anwar Ibrahim sudah jadi Perdana Menteri (PM) hari ini jika dia tunduk terhadap tuntutan kluster mahkamah daripada UMNO,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Hassan, Anwar adalah seorang pemimpin yang tegas dan tidak mengganggu isu kedaulatan undang-undang negara.

“Anwar tidak berkompromi. ‘Rule of law’ atau kedaulatan undang-undang mesti dipelihara, dijunjung dan dihormati.

“Mahkamah tidak boleh diganggu. Perjalanan proses keadilan tidak boleh dicemar. Itu sikap dan pendirian tegas Anwar,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Hassan terlupa mengenai dua fakta sebelum ini apabila Zahid bersama rakannya, Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu yang memulakan kemelut politik apabila bertindak menghantar surat kepada Istana Negara memaklumkan UMNO menyokong Anwar sebagai PM.

Kemudiaan pada April lalu, tular pula klip audio pakatan sulit Anwar bersama Zahid selepas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020.

Itu belum diambilkira beberapa pertemuan sulit antara Anwar bersama dua rakannya itu.

Untuk rekod, Anwar gagal menjadi PM ke-9 selepas ditipu anak muridnya, Zahid.

Anwar pada awalnya sudah merancang dan begitu yakin akan mendapat sokongan Zahid selepas 15 Ahli Parlimen (MP) menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan.

Bagaimanapun, sebaliknya berlaku apabila dikhianati oleh Zahid dan 15 MP tersebut yang tidak menyokongnya semasa pencalonan PM ke-9.

Tiada ulasan: