HALAMAN SANTAI

Ahad, 22 Ogos 2021

Sukarelawan PAS bantu operasi pemberian vaksin

Oleh AIZAL SAMSARUDDIN

SANDAKAN: Sukarelawan PAS Zon Sandakan yang terdiri daripada Jabatan Amal Malaysia dan Briged Muslimat telah membantu proses vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Yu Yuan dekat sini.

Program tersebut yang mendapat kerjasama daripada Pejabat Kesihatan Daerah Sandakan dan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) daerah Sandakan bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan PAS dengan agensi kerajaan dan orang ramai.

Program yang bermula Isnin lalu itu, menawarkan kira-kira seribu dos vaksin setiap hari bagi warganegara berumur 18 tahun ke atas dan keutamaan kepada ibu mengandung dan golongan orang kelainan upaya (OKU).

Program tersebut turut disertai oleh sukarelawan lain daripada MyVac, Movac, Jabatan Pertahanan Awam dan juga RELA.

Pemberian vaksin yang dilaksanakan secara walk in itu memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 bagi mencapai imuniti kelompok di daerah Sandakan. HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: