VIRAL semalam sebuah rakaman video mengenai
bagaimana beberapa orang pegawai JPS dimaki oleh Exco Selangor YB
Ganabatirau (DAP Kota Kemuning) di lokasi bermasalah berkaitan dengan
perparitan. Makian, kata-kata kesat dihamburkan kepada para petugas JPS
yang turun ke lapangan, dipercayai ianya dalam kawasan ADUN berkenaan.
Bila
cacing naik ke mata, itulah jadinya. Pepatah Melayu itu punya erti yang
sangat mendalam bagi menggambarkan betapa sesuatu penyakit apabila ia
sudah bertapak lama dalam tubuh badan akhirnya akan naik ke tempat yang
tinggi dan penting iaitu mata. Bila sudah sampai ke mata alamat parahnya
jadinya.
Memilih pemimpin yang tidak kisah mengenai adab adalah suatu penyakit. Apatah lagi apabila pemimpin itu tidak merasa tergugat di kedudukan mana dia berada.
Dalam masyarakat Malaysia maki hamun bukan budaya kita. Sebab, ia bukan budaya murni. Maki hamun tidak beradab.
Sekalipun anda punya jawatan yang tinggi, maki hamun bukan caranya untuk menegur, apatah lagi untuk memperbaiki kesalahan seseorang.
Kepada anak sendiri pun, maki hamun bukan jalan yang betul untuk menegur apatah lagi pegawai kerajaan. PAS Bangi mengecam keras tindakan YB berkenaan.
Anda boleh tonton video berkenaan di sini:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4799682300075790&id=100001022016761&sfnsn=wa
(*) YANG BERHORMAT USTAZ MOHD SHAFIE NGAHYang Dipertua PAS Kawasan Bangi – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan