ISHAM JALIL
Hari ini Muhyiddin kata PN akan bertanding di kesemua 28 kerusi DUN Melaka.
Dia buat keputusan ini walaupun dia pastinya tahu bahawa peluang partinya (PPBM) yang kecil dan tidak ada sokongan dan tiada akar umbi untuk menang sesuatu kerusi adalah tipis.
Dan semalam pun dia sudah kata yang dia tidak kisah pasal penyatuan ummah; oleh itu selama ini yang mereka kata ingin kerjasama sebab penyatuan ummah dan sebagainya hanyalah retorik semata-mata hanya untuk dapat kerusi.
Sebab itu semalam saya kata mereka bukannya ikhlas mahu kerjasama dan penyatuan ummah pun, itu hanyalah tipu daya mereka sahaja. Inilah hipokrasi politik mereka.
Saya sudah nampak perkara ini dari dulu sejak Langkah Sheraton lagi, sebab itu dari dulu sehingga sekarang saya antara yang paling lantang dan konsisten menolak “kerjasama” retorik dengan PPBM ini yang tidak menguntungkan UMNO malah merugikan kita dan orang-orang Melayu.
Sebab itu juga saya kata jika mereka ikhlas mahu penyatuan ummah dan tewaskan PH, mereka sokong kita tanpa tuntut kerusi.
Tetapi saya tahu mereka tidak akan buat ini walaupun mereka tahu bahawa jika mereka bertanding tiga penjuru besar kemungkinan mereka akan tewas.
Oleh itu apa sebenarnya motif Muhyiddin umum untuk bertanding tiga penjuru di semua kerusi?
Saya lihat ada dua:
Pertama, untuk pecah undi Melayu supaya UMNO dan BN tidak boleh menang. Dia nampaknya lebih sanggup jika PH menang daripada biarkan UMNO menang.
Ini strategi “scorched earth” atau bumi hangusnya. Dulupun dia berkawan dengan PH, dan dia memang selalu kata dia tidak suka UMNO.
Kedua, jika UMNO dan BN kalah, maka dia boleh tunjuk yang UMNO atau BN perlukannya untuk menang pilihanraya umum ke-15 kelak.
Sebab itu pada Muhyiddin dia tidak mahu UMNO menang dalam PRN Melaka ini. Jika UMNO menang, tamatlah riwayat PN dan PPBM. Mereka akan ditinggalkan dan berpecah.
Oleh itu dalam PRN Melaka ini, PPBM akan cuba mendapatkan undi Melayu untuk memecahkan undi hanya kerana mereka tidak mahu UMNO menang, mereka tidak kisah jika PH kembali berkuasa.
Oleh itu, jika kita undi PPBM/PN samalah seperti kita undi PH, sebab undi PPBM/PN ini akan pecahkan undi Melayu dan akibatnya PH yang akan menang dan PH/DAP yang akan perintah Melaka semula. Saya pasti ini bukanlah apa yang orang-orang Melayu Melaka mahu.
Sebab itu kita perlu lawan PPBM ini habis-habisan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan