HALAMAN SANTAI

Selasa, 26 Oktober 2021

Orang Malaysia sukar patuhi larangan terutama dalam pilihan raya – Tun M

MALAYSIA POST

Orang Malaysia sukar patuhi larangan terutama dalam pilihan raya – Tun M

LARANGAN penganjuran sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial ketika pilihan raya yang dikuatkuasakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dilihat tidak akan berkesan dan pasti ramai yang akan melanggarnya.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad, percaya masyarakat di Malaysia sukar mematuhi arahan terutamanya membabitkan pilihan raya.

“Ini yang kita takut walaupun ada prosedur operasi standard (SOP), ada arahan jangan berkempen, tetapi dalam pilihan raya sama ada besar atau kecil mereka tetap akan berkempen.

“Kerana saya tidak tahu bagaimana mereka nak berkempen dengan tidak bercakap dengan orang…nak bercakap dengan orang kena ada dekat dengan orang,” katanya dalam sidang media Pejuang di Yayasan Al Bukhary, Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai larangan penganjuran sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial ketika pilihan raya bermula hari ini hingga 27 November ini yang dikeluarkan KKM.

Beliau berpendapat, aktiviti ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan mencetuskan lebih banyak masalah, terutama Covid-19 yang akan kembali meningkat dan ia terbukti apabila ada negara yang menunjukkan penurunan kes, namun kembali melonjak baru-baru ini.

“Saya percaya walaupun ada arahan larangan dan sebagainya, orang kita ini tidak patuh pada arahan terutama dalam pilihan raya…lihat sahaja apa yang berlaku di Sabah (PRN).

“Tiada masalah, tetapi mereka ingin cipta masalah (kes Covid-19 meningkat),” katanya. – Malaysiapost

Tiada ulasan: