HALAMAN SANTAI

Selasa, 26 Oktober 2021

Zaid, jangan ‘ajar itik berenang’ – Khairuddin

MALAYSIA POST

Zaid, jangan ‘ajar itik berenang’ – Khairuddin

BEKAS Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid ibrahim tidak perlu mencampuri hal ehwal pendirian serta prinsip perjuangan parti Pejuang. 

Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata Pejuang adalah parti berprinsip dan tidak sama sekali kompromi dengan perbuatan ahli-ahli politik yang tidak bermaruah, seterusnya menyusahkan keseluruhan rakyat. 

Sehubungan itu katanya, Pejuang tidak perlu mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang terpaksa diadakan angkara pemimpin mahu berebut kuasa. 

“Pejuang sama sekali tidak akan mengamalkan politik berebut kuasa khususnya boleh meninggalkan risiko ancaman nyawa kepada rakyat. Zaid jangan mudah lupa sejarah. Lihat saja kesan PRN Sabah terhadap keseluruhan bangsa dan negara. 

“PRN Sabah merupakan pemangkin kepada penularan wabak Covid-19 sehingga mencecah angka kes melebihi 25,000 pada suatu masa. 

“Masakini, hampir kesemua parti politik hanya memikirkan kepentingan merebut kuasa semata-mata dan tidak menghiraukan urus tadbir bagi menjaga kepentingan masa depan rakyat,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Semalam Zaid menerusi Facebooknya mempersoalkan pendirian Pejuang untuk tidak menyertai PRN Melaka. 

Malah bekas Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata adalah lebih baik Pejuang dibubarkan dan bersama-sama Amanah menyertai DAP. 

Mengulas lanjut Khairuddin berkata apakah jaminan Zaid situasi politik Melaka akan kembali stabil dengan mengadakan PRN. 

“Kenapa perlu Pejuang dibubarkan seterusnya menganggotai DAP? Seseorang yang tidak faham dengan matlamat penubuhan Pejuang seperti zaid tidak harus ‘jaga tepi kain’ orang. 

“Beliau hendak menganggotai parti DAP itu haknya tetapi tolong jangan ‘ajar itik berenang’,” katanya. – Malaysiapost

Tiada ulasan: