
JOHOR BAHRU – Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur
Jazlan Mohamed berharap Datuk Seri Najib Razak akan terus membantu parti
bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 walaupun Mahkamah Rayuan
mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya, Rabu lalu.
Ini kerana, katanya, bekas Presiden UMNO yang merupakan perdana menteri keenam itu masih berpengaruh.
“Perbicaraan mahkamah telah dijalankan dan keputusan dicapai di peringkat Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.
“Saya masih berharap, walaupun beliau tidak dapat ambil
bahagian PRU tetapi terus bantu parti dari belakang kerana beliau ada
pemgaruh yang kuat kepada rakyat.
“Dan kita masih sayang pada dia walaupun dia dapati
bersalah,” katanya ketika diminta memberikan pandangan mengenai
keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan hukuman terhadap
Najib.
Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan surat
tawaran Projrk Perumahan Rakyat (PPR) Perling kepada penduduk Kampung
Sungai Pinang, Perling, di sini, hari ini.
Mahkamah Rayuan Rabu lalu mengekalkan sabitan dan
hukuman terhadap Datuk Seri Najib Razak yang didapati bersalah di atas
tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik syarikat
SRC International Sdn Bhd
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim
Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan
Datuk Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara membuat keputusan itu
selepas mendapati Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang betul dan tidak
terkhilaf apabila mensabitkan Najib terhadap tuduhan berkenaan.
Ditanya sama ada langkah UMNO mahu mengekalkan Najib itu
akan menjejaskan reputasi dan imej parti, Nur Jazlan yang juga
Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas Dewan Undangan Negeri (DUN)
menafikan perkara itu.
“Ramai pihak pun menyatakan perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai perbicaraan berbaur politik.
“Keputusan mahkamah itu tidak bermakna rakyat akan tolak Najib kerana beliau masih aset kepada negara.
“Tetapi ini tidak bermakna mereka akan menolak Datuk Sri
Najib kerana Datuk Sri Najib merupakan aset kepada UMNO, cuma beliau
diminta memainkan peranan sebagai apa? Sebagai penguat kepada parti
penyokong pada parti, saya rasa ini tidak salah,”
katanya.-MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan