HALAMAN SANTAI

Ahad, 26 Disember 2021

Kerajaan negeri Kelantan mesyuarat minggu depan hala tuju PRU-15

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob. - Foto fik NSTP
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob. - Foto fik NSTP

KOTA BHARU: Kerajaan negeri sudah menerima surat yang dihantar oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub untuk membincangkan mengenai hala tuju serta masa depan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di peringkat negeri sama ada mahu bersama atau sebaliknya.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, berkata pada minggu hadapan mesyuarat di peringkat negeri akan diadakan untuk melihat apa-apa perkara yang terbaik untuk mereka sebelum ia diputuskan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelepasan Misi Pemulihan Bantuan Banjir

Kelantan Ke Pahang di Kompleks Darulnaim, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, UMNO Kelantan akan menghantar surat rasmi kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob bagi membincangkan mengenai hala tuju serta masa depan PRU-15 di peringkat negeri sama ada mahu bersama atau sebaliknya.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO, Datuk Ahmad Jazlan, berkata PAS perlu memberi jawapan yang segera dan tidak boleh gantung tidak bertali.

"Ini disebabkan kita perlu membuat persediaan jentera, jangan nanti-nantikan kita bersama dengan PAS, tetapi akhirnya kita terpaksa bersendirian, jentera tidak siap dan ini tidak adil kepada kita untuk menghadapi PRU-15 yang akan datang.

"Ada masa kita memberi kata dua dan ada masa kita akan tawarkan kepada PAS, namun ada juga batasan dan mungkin di dalam tempoh masa tertentu jika PAS tidak boleh memberi jawapan sehingga tempoh masa ditetapkan, maka kita boleh beranggapan PAS sudah tidak mahu bersama dengan kita," katanya.

Tiada ulasan: