Pakatan Harapan PH flag Sarawak state election polls
Pakatan Harapan

JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) Johor menolak pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada waktu ini, kerana ia dilihat tidak sensitif memandangkan rakyat sedang mengalami krisis kesihatan COVID-19 dan ekonomi domestik.

Pengerusi Parti Amanah Johor, Aminolhuda Hassan; Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Johor, Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP), Johor Liew Chin Tong dalam kenyataan bersama memaklumkan, PH Johor sebulat suara memberikan komitmen sepenuhnya dalam membela nasib rakyat, berbanding hal politik dan soal perebutan kuasa.