HALAMAN SANTAI

Ahad, 26 Disember 2021

Pasca banjir: PKR tubuh pusat operasi selaras bantuan, sukarelawan

PKR mengambil cakna seluruh keperluan bantuan pasca banjir untuk rakyat di kawasan yang terjejas.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata PKR melalui pelbagai saluran dan jentera telah turun membantu mangsa yang terjejas sejak awal bencana.

“Bagi memastikan kelancaran bantuan pasca banjir, Ibu Pejabat KEADILAN telah menubuhkan Pusat Operasi Penyelarasan Banjir KEADILAN bertempat di Ibu Pejabat KEADILAN

“Penubuhan Pusat Operasi bertindak untuk menyelaraskan keperluan bantuan dan sukarelawan KEADILAN bagi memastikan tiada mangsa terlepas bantuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau memaklumkan pusat operasi tersebut akan beroperasi 24 jam sehari dan boleh dihubungi di talian berikut +60174728475 dan talian waktu pejabat 03-78850530

“KEADILAN ingin menyampaikan setinggi penghargaan buat rakyat Malaysia yang menunjukkan semangat sukarelawan yang tinggi membantu mangsa banjir,” tambahnya lagi.

Tiada ulasan: