HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 Disember 2021

Banjir: ADUN Hulu Kelang seolah-olah ingin lepas tangan – Shahril

  KHAIRULANUAR YAHAYA

 

Kenyataan ADUN Hulu Kelang Saari Sungib mendakwa bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakon lewat bertindak menguruskan banjir yang melanda Lembah Klang disifatkan seolah-olah ingin lepas tangan daripada turut bertaggungjawab.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata, dakwaan yang dibuat oleh Saari adalah tidak benar serta tak berasaskan fakta.

“Lagi-lagi dalam fasa pasca banjir di mana semua perlu bekerjasama menolong mangsa-mangsa banjir, kenyataan beliau seolah-olah ingin melepaskan tangan dan hanya ingin tuding jari kepada pihak lain tanpa mengambil apa-apa tanggungjawab bagi diri sendiri.

“Seperti yang saya sebut dalam posting sebelum ini, banyak pihak yang giat berikhtiar sebaik mampu, namun ia tidak sempurna dan kekurangan itu wujud. Ahli Politik dan pihak berkuasa perlu terbuka menerima kritikan dari rakyat.

“Tetapi sekarang ini masanya untuk kita sebagai pengamal politik yang diberikan amanah dan tanggungjawab memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat. Bukan menaikkan kemarahan rakyat dan tuduh menuduh,” kata Shahril.

Shahril berkata demikian bagi mengulas kenyataan Saari yang menggesa mangsa-mangsa banjir mengambil tindakan undang-undang terhadap Ismail Sabri kerana konon tidak ambil peduli dengan bencana banjir yang melanda Lembah Klang.

Beliau menegaskan Perdana Menteri tidak lewat dalam bertindak kerana Ismail Sabri telah mengarahkan kementerian berkaitan bertindak sebaik sahaja Agensi Pengurusan Bencana habis memberi taklimat pada 17 Disember lalu mengenai taburan hujan yang jarang berlaku hingga menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir.

“Kawasan saya sendiri Kuala Langat, sudah bersedia untuk menerima mangsa semenjak pagi hari sabtu 18/12/2021 dan anggota RELA, KKM, serta JKM telah pun mula menguruskan mangsa-mangsa banjir.

“YAB Perdana Menteri telah mula bertindak selepas hujan menunjuk trend taburan berterusan,” katanya.

Perdana Menteri juga, katanya, menjadi pemimpin pertama yang meninjau keadaan banjir di Bukit Lanchung, Putra Heights pada tengah malam Sabtu, manakala seawal pagi Ahad sudah berada di Telok Gong, Klang.

Katanya, pada hari yang sama, Ismail Sabril terus mengumumkan pakej bantuan kepada mangsa banjir, antaranya peruntukan awal RM100 juta untuk pemulihan infrastruktur pascabanjir, Bantuan Wang Ihsan RM1,000 serta geran padanan melalui GLC/GLIC sebanyak RM40 juta.

Sehubungan itu, beliau mahukan agar Saari dan pihak-pihak berkenaan berhenti menuduh kerana Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan telah memberi komitmen kepada Menteri Besar dengan menggerakkan aset kerajaan mulai 18 Disember lagi.-SM

Tiada ulasan: