HALAMAN SANTAI

Jumaat, 31 Disember 2021

PASTI Perlis lancar kempen RM1 bantu mangsa banjir

Oleh NOOR SARA MASHITOH MOHAMAD HANIF
 

KANGAR: PASTI Perlis melancarkan kempen mengumpul dana bagi membantu meringankan beban mangsa banjir di beberapa negeri.

Pengarah PASTI Perlis Asrul Aimran Abd Jalil berkata, kempen sumbangan RM1 bagi menerapkan nilai murni khasnya kepada murid-murid PASTI untuk turut menderma.

Katanya, kempen RM1 dilancarkan bagi meringankan bebanan mangsa banjir yang berdepan dengan kesukaran akibat banjir besar baru-baru ini.

“Kempen ini bukan sahaja untuk murid PASTI, malah melibatkan guru, staf pengurusan dan ibu bapa pelajar PASTI untuk menyumbang minimum RM1.

“Usaha itu sebagai tanda kebersamaan kita kepada mangsa-mangsa banjir yang bergelut dengan banyak kesukaran untuk meneruskan kelangsungan hidup,” katanya ketika dihubungi di sini.

Kata beliau seluruh warga PASTI Perlis turut berdukacita dengan musibah yang berlaku di negeri terbabit.

Oleh itu menurutnya sebagai tanda PASTI Perlis bersolidariti dengan mangsa-mangsa banjir, orang ramai diajak sama-sama menyumbang.

Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun Bank Islam Malaysia – 09010010050299 atas nama Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis (PASTI).

Bukti sumbangan boleh diWhatsApp ke talian 013 8766 463 atau emel ke pastiperlis2012@gmail.com untuk tujuan rekod.

Selain itu semua PASTI cawangan di Perlis menyediakan tabung untuk memudahkan ibu bapa dan murid menghulurkan sumbangan.HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: