HALAMAN SANTAI

Rabu, 29 Disember 2021

Muslimat jejak kaki ke lokasi bencana banjir

HARAKAH DAILY

TEMERLOH: Ketua Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh telah hadir ke Bilik Operasi Bencana Banjir PAS Kawasan Temerloh di Pusat Tarbiah Darul Ansar, Kampung Cempaka, Lanchang, di sini baru-baru ini.

Advertisement

Beliau yang juga Ahli Dewan Negara hadir bersama Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Malaysia, Zurina Din seusai ziarah di Kampung Lombong, Puchong, Selangor.

Turut hadir bersama adalah Ketua Muslimat PAS Negeri Pahang, Ustazah Salamiah Mohd Noor dan Ketua Muslimat PAS Temerloh, Ustazah Alawiyah Kasdan serta Ahli-ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Pahang.


  
Berusaha memenuhi keperluan makanan bermasak disediakan Dapur Rakyat, delegasi ini membawa sumbangan berupa barang basah, seperti ayam dan sayur serta keperluan tidur untuk diserahkan kepada mangsa banjir .

Sempena kunjungan beliau ini juga, Nuridah dan delegasinya turut memanjangkan lawatan dan meninjau serta merekodkan keperluan mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kampung Mempatih Lanchang, di sini.
  
Lawatan delegasi ini telah disambut mesra oleh Ketua Kampung Mempatih, Kamarizan Baharudin yang sempat memberi makluman ringkas mengenai 21 rumah kediaman terlibat banjir di sini.

Nuridah dalam pada itu turut menyampaikan sedikit bantuan berupa wang ringgit kepada mangsa banjir sebagai tanda simpati pihaknya dan juga berusaha memenuhi keperluan yang boleh disampaikan oleh pihak PAS

.
  
Beliau bersama anggota delegasi juga sempat melawat rumah mangsa-mangsa banjir yang mana terdapat beberapa kediaman masih ditenggelami air banjir dan ada juga rumah dimaklumkan telah hanyut dibawa arus.

“Perlu kita redha dengan ujian yang ditentukan Allah ini dan kita mesti benar-benar meyakini bahawa semuanya adalah hak milik Allah.

“Kita perlu husnudzan (bersangka baik) kepada Allah dan redha dengan qada’ dan qadar serta terus berdoa moga diberi kekuatan iman dan kesabaran, insya-Allah,” nasihatnya. – HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: