HALAMAN SANTAI

Selasa, 28 Disember 2021

Itu gambar lama Datuk Seri Zahid, semak dulu sebelum sebar

NAJA

Itu gambar lama Datuk Seri Zahid, semak dulu sebelum sebar

ORANG ramai dinasihatkan untuk menyemak terlebih dahulu gambar bencana banjir yang melibatkan pemimpin politik sebelum menyebarkan gambar berkenaan. 

Nasihat itu disampaikan Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi hantaran di Facebooknya untuk mengelakkan mereka yang menularkannya terbabit dalam dosa menfitnah. 

Menerusi hantaran itu, Setiausaha Agung Umno itu membuat penjelasan mengenai sekeping gambar Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tular di media sosial hari ini. 

Gambar itu memaparkan Ahmad Zahid sedang memikul barang di lehernya dalam satu program bantuan kepada mangsa banjir. 

“Ini gambar lama, di Pahang. Awal Januari 2021.

“Bukan dalam semingguan ini, saya berbaju merah ada di sebelah depan Datuk Seri Zahid. Masa tu belum sakit belakang dan leher lagi. Pembedahan beliau awal November 2021.

“Harap semak semula sebelum sebar. Prinsip apa yang kekal? Kekal menfitnah ke?,” katanya. 

Gambar lama Ahmad Zahid itu dijadikan bahan propaganda musuh politik Umno dan BN dengan menyindir Ahmad Zahid kelihatan gagah walaupun sebelum ini beliau mendakwa menghidap sakit tulang belakang sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di luar negara awal November lalu. -Malaysiapost

Tiada ulasan: