HALAMAN SANTAI

Selasa, 28 Disember 2021

Taikun tak puas hati adalah rakan niaga Tun M – Najib

MALAYSIA POST

Taikun tak puas hati adalah rakan niaga Tun M – Najib

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mendakwa ‘taikun’ yang kurang senang dengan kehadirannya untuk berucap di World Chinese Economic Forum semalam adalah rakan niaga kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya selain rakan niaga, anak ahli perniagaan terbabit turut terbabit dalam menerbitkan sebuah filem bersama cucu Dr Mahathir.

“Ada seorang taikun yang kurang puas hati bahawa saya dijemput untuk berucap di World Chinese Economic Forum semalam. Siapa taikun ini?

“Dia rakan niaga dengan atok (Dr Mahathir) dalam hotel Palace of the Golden Horses dan dalam sebuah syarikat perkhidmatan private jet.

“Anak taikun dengan cucu atok juga penerbit filem ‘M for Malaysia’,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Najib turut memuat naik maklumat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengenai kaitan ahli perniagaan bergelar Tan Sri terbabit dengan Ahli Parlimen Langkawi berkenaan.

Semalam media melaporkan, Najib Razak didakwa merasmikan forum World Chinese Economic Forum palsu.

Perkara itu dinyatakan Tan Sri Lim Kim Yew yang mendakwa  kejadian itu amat memalukan.

“Saya berasa sangat malu apabila teman-teman bertanya sama ada saya telah menjemput bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk merasmikan World Chinese Economic Forum (WCEF) pada 27 Disember 2021.

“Saya ingin menjelaskan dan menegaskan bahawa WCEF yang dianjurkan ini tidak ada kaitan dengan saya,” katanya dalam satu kenyataan. – Malaysiapost

Tiada ulasan: