HALAMAN SANTAI

Jumaat, 31 Disember 2021

PAS tetap tawar khidmat di Beting Maro

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL

KOTA BHARU: PAS Sarawak tetap menawarkan khidmat kebajikan kepada rakyat di Dewan Undangan Negeri (Dun) Beting Maro biarpun tidak menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.

Setiausahanya, Mohammad Arifiriazul Pijo berkata, pihaknya menetapkan tiga fokus pasca PRN tersebut bagi memastikan sokongan rakyat di negeri Bumi Kenyalan terhadap PAS tidak pudar.

Menurut beliau penubuhan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Beting Maro ketika kempen pilihan raya baru-baru ini menjadi pemangkin terhadap kerja kebajikan dan menjadi tempat aduan masyarakat.

“Keduanya untuk sama-sama kita meneruskan agenda pendidikan di Beting Maro, sekarang kita sudah ada sebuah PASTI dan kita merancang untuk menubuhkan setidak-tidaknya dua lagi.

“Tumpuan kita juga untuk mewujudkan jentera tempatan dan organisasi PAS cawangan di Beting Maro supaya selepas ini dapat mengerakkan sendiri agenda parti,” katanya.

Beliau ditemui ketika kunjungannya ke Pejabat Perhubungan PAS Negeri semalam, sempena lawatan ke Kelantan.

Bekas calon Dun Beting Maro itu berkata, Dun berkenaan sangat sinonim malah menganggap lokasi tersebut sebagai ‘anak angkat’ kepada PAS Kelantan dalam lima kali siri PRN.

Jelas beliau juga PAS Sarawak menagih sokongan serta pengalaman PAS Kelantan untuk memperkasakan lagi gerak kerja di Dun tersebut.

Pada PRN ke-12 baru-baru ini Arif Paijo hanya ketinggalan 1,711 undi di belakang calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Razaili Gapor. Manakala tiga lagi calon termasuk PKR hilang wang pertaruhan.HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: