HALAMAN SANTAI

Selasa, 28 Disember 2021

Wan Saiful bidas Kit Siang salahkan PM tak hadir minum petang Krismas


Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dibidas kerana cuba mempolemikkan isu Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tidak hadir pada majlis minum petang sempena sambutan Hari Natal.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan menyifatkan Kit Siang sebagai tidak sensitif dengan bencana banjir melanda negara memandangkan Ismail Sabri mempunyai tanggungjawab yang lebih penting bagi memastikan keselamatan semua mangsa banjir dibela.

Perkara sebegini pun nak dijadikan isu? Tak bolehkah DAP berhenti menjadi parti chauvinis yang suka mainkan isu kaum dan agama?

“Lim Kit Siang tidak perlu memainkan sentimen sebegini di saat musibah melanda. Penganjur pun tak ada yang bagi komen negatif tapi DAP pula yang pipi tersorong-sorong ambil kesempatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini di Facebook.

Terdahulu Kit Siang dalam hantaran di Facebook berkata, ketiadaan Ismail Sabri dalam majlis minum petang Krismas menunjukkan kegagalannya sebagai PM untuk semua rakyat Malaysia dan kegagalan slogan Keluarga Malaysia untuk menjadi sebuah keluarga yang inklusif tanpa mengira kaum, agama atau kawasan.

Sementara itu Wan Saiful berkata, pemimpin DAP itu tidak sepatutnya menimbulkan isu perkauman pada waktu sekarang ketika rakyat tanpa mengira bangsa dan agama berganding bahu membantu mangsa banjir.

“Perpaduan yang kita dapat lihat dalam misi bantuan banjir, DAP tak nak komen pula?

“Lebih elok pemimpin DAP diam saja daripada sengaja nak pecahbelahkan keharmonian negara,” katanya lagi.

Tiada ulasan: