HALAMAN SANTAI

Rabu, 29 Disember 2021

Warisan perlu perbetulkan pergolakan dalaman - Penganalisis

Syafik Shukri Jalil
Warisan perlu perbetulkan pergolakan dalaman - Penganalisis
Tindakan tersebut, ujar Romzi, bukan sahaja melemahkan pengaruh warisan di kerusi majoriti masyarakat Kadazandusun Murut, malah di seluruh negeri Sabah. - Foto Astro AWANI
 
KUALA LUMPUR: Parti Warisan perlu mencari inisiatif dalam menyelesaikan pergolakan dalaman parti itu sebagai usaha menguatkan kembali pengaruhnya di seluruh negeri Sabah.
 
Ini selepas Naib Presidennya, Datuk Peter Anthony mengumumkan keluar parti selepas hilang kepercayaan kepada parti itu pada Selasa.
 
Menurut penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Romzi Ationg, beberapa faktor mungkin menjadi punca mengapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap itu berbuat demikian.

Malah beliau tidak menolak usaha Parti Warisan melebarkan sayap ke Semenanjung dan tiada usaha di pihak kepimpinan tertinggi untuk mendengar rintihan disuarakan akar umbi sebagai faktor utama kepada keputusan itu.
 
"Kita melihat dari awalnya, ideologi utama (penubuhan) parti Warisan ini adalah untuk orang Sabah tetapi apabila tindakan untuk melebarkan sayap parti ke Semenanjung, ada dalam kalangan akar umbi menyifatkan visi penubuhannya sudah tersasar.
 
"Kita melihat dari awalnya, ideologi utama (penubuhan) parti Warisan ini adalah untuk orang Sabah tetapi apabila tindakan untuk melebarkan sayap parti ke Semenanjung, ada dalam kalangan akar umbi menyifatkan visi penubuhannya sudah tersasar.
 
"Malah ada juga perkongsian dengan saya dalam kalangan pemimpin Warisan sendiri yang menyuarakan bahawa mereka menginginkan pemimpin yang sentiasa mendengar keluhan disuarakan pemimpin dan juga di peringkat akar umbi," katanya.

Selain itu, tindakan tersebut ujarnya bukan sahaja melemahkan pengaruh warisan di kerusi majoriti masyarakat Kadazandusun Murut, malah di seluruh negeri Sabah.
 
Justeru penting untuk parti Warisan memberi nafas baru dalam parti itu bagi menangani pergolakan dalam kalangan pemimpin dan akar umbi sebelum menyokong pilihan raya diadakan dengan segera.
 
Antara lain ujarnya, tindakan melebarkan sayap ke Semenanjung juga perlu dipertimbangkan semula.
 
"Saya melihat kesan terhadap Warisan itu semestinya melemahkan pengaruhnya di kerusi majoriti masyarakat Kadazandusun Murut dan (mampu) mempengaruhi pengaruh politikinya di seluruh negeri.
 
"Oleh itu, semestinya itu petanda bahawa tindakan ke Semenanjung itu perlu difikirkan semula dan apa yang saya nampak sekarang ini ialah keperluan Warisan untuk mengambil satu jalan atau inisiaif yang lebih spesifik menangani penolakan beberapa orang pemimpin dan akar umbi.
 
"Selain itu, tindakan menyokong mengadakan pilihan raya dalam kadar segera wajar dipertimbangkan semula," tambahnya.

Romzi berkata demikian sebagai respon kepada tindakan Peter mengumumkan keluar Parti Warisan selepas hilang kepercayaan kepada parti itu.
 
Turut sama mengumumkan keluar parti adalah ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim.

Tiada ulasan: