HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 Disember 2021

Rina dipelawa sembur rumah mangsa banjir yang ‘real’

Naja

Rina dipelawa sembur rumah mangsa banjir yang ‘real’

DATUK Seri Rina Harun dipelawa menyertai kerja pembersihan kediaman mangsa banjir yang sebenar, esok.

Pelawaan itu dibuat oleh Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN), Isham Jalil yang berkata, kerja membersihkan lumpur di rumah terjejas akibat banjir adalah berbeza daripada kerja membersihkan lantai simen yang bersih seperti dipaparkan dalam klip video Rina, hari ini.

“Rina, esok ikut saya pergi sembur lumpur yang real punya di rumah mangsa banjir ya. Sembur simen kaki lima macam ini kita buat lain kali pun takpa.

“Satu lagi, tak perlu bawa krew kamera, rumah mangsa banjir kecil saja, nanti tak muat rumah orang. Ikhlas dan salam,” katanya di Facebook, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial klip video Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu menyembur simen yang bersih menggunakan ‘water jet’.

Namun, lokasi sebenar Rina menyembur lantai simen itu tidak diketahui berlaku di premis mana.

Menariknya, klip video itu seperti lakonan Rina semata-mata kerana dikerumuni ramai juruvideo dan jurukamera yang merakam ‘lakonan’ itu. -Malaysiapost

Tiada ulasan: