HALAMAN SANTAI

Selasa, 28 Disember 2021

PH tak sanggup tanggung kekalahan lagi – Shamsul Anuar

MALAYSIA POST

PH tak sanggup tanggung kekalahan lagi – Shamsul Anuar

PAKATAN Harapan (PH) tidak bersetuju Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan kerana tidak sanggup menanggung kekalahan sekali lagi.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, deretan kekalahan dalam dua PRN di Melaka dan Sarawak menjadi punca PH trauma untuk berhadapan dengan satu lagi PRN dalam masa terdekat.

“PRN Melaka kalah, PRN Sarawak pun kalah. Jadi PH bimbang terus kalah di Johor. Sebab itu tidak setuju diadakan PRN Johor.

“Apapun kita fokus selesaikan banjir dulu,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Semalam, media melaporkan PH Johor menolak pelaksanaan PRN dalam masa terdekat kerana mengambil peduli nasib rakyat bergelut meneruskan kelangsungan hidup dalam pandemik Covid-19 ketika ini.

Polemik PRN Johor patut diadakan tercetus apabila kedudukan Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika ini berada pada angka 28-27 selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kempas, Datuk Seri Osman Sapian meninggal dunia pada 21 Disember lalu.

Kerajaan negeri Johor dipimpin Barisan Nasional (BN) dengan 28 kerusi termasuk 11 milik Bersatu dan satu PAS, manakala PH pula 27 kerusi. – Malaysiapost

Tiada ulasan: