
Penjawatan awam termasuk guru dan ahli akademik diarah untuk melepaskan jawatan di dalam mana-mana parti politik dengan serta merta.
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Datuk Yusran Shah Mohd Yusof dalam surat bertarikh 8 Disember 2021 mengeluarkan arahan pembatalan kelulusan penglibatan penjawat awam di dalam politik bagi warga KPM.
Menurut surat tersebut, semua pegawai awam di semua peringkat kumpulan atau gred tidak dibenarkan sama sekali bertanding atau memegang jawatan atau dilantik dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik.
Sehubungan itu, katanya semua warga KPM yang masih memegang jawatan di dalam mana-mana parti politik hendaklah melepaskan jawatan politik mereka dengan serta merta, kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan tatatertib melalui peraturan-peraturan pegawai awam .
Terdahulu, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 1 November 2019 telah memutuskan bahawa penglibatan politik wajar dihadkan sebagai ahli biasa termasuk pegawai perkhidmatan pendidikan dan ahli akademik bagi memastikan pegawai kerajaan tidak terlibat atau terpengaruh dengan sentimen politik kepartian dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan