IMG-20211205-WA0018
Datuk Hasni Mohammad (tengah) semasa melawat tapak pameran pada Majlis Pelancaran Kebun Bandar di pekarangan Masjid Taman Impian Emas, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Komponen Barisan Nasional (BN) perlu memberi tumpuan mengukuhkan parti masing-masing sekarang sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad memberitahu, segala kekurangan yang boleh menjejaskan UMNO dan BN perlu diatasi terlebih dahulu.