MGF11122021_MESYUARAT-UMNO-TANJONG-KARANG13
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar bercakap pada sidang media seleoas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang dan Majlis Penyerahan ID dan Password Tutor Mahir di Institut Pengurusan Peladang Tanjong Karang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI,

TANJUNG KARANG – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar mendedahkan beliau pernah menyatakan kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang agar kerjasama politik kedua-dua parti itu di Selangor diteruskan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Noh berkata, perkara itu disampaikannya sendiri dalam pertemuan dengan pemimpin Pas itu di Parlimen awal tahun ini dan maklum balas yang diterimanya sangat positif agar pertembungan Pas dan UMNO di Selangor dapat dielakkan.