MGF16012020_KEMPEN-CALON-WARISAN_12
Baru Bian

KUCHING- Dua bekas menteri persekutuan merupakan antara 69 calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) diletakkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.

Mereka adalah bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM)  Datuk Joseph Entulu Belaun di kerusi DUN Tamin dan bekas Menteri Kerja Raya Baru Bian akan mempertahankan kerusi DUN Ba’kelalan yang dimenanginya sejak dua penggal lalu iaitu pada PRN 2011 dan 2016.