HALAMAN SANTAI

Selasa, 11 November 2008

Bangunan hospital retak, speaker tolak usul PAS

Roy Rasul


(Parlimen) KUALA LUMPUR - Usul tergempar mengenai faktor keselamatan Hospital Queens Elizabeth, di Kota Kinabalu, Sabah yang mengalami keretakan ditolak Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, hari ini.

Usul tersebut dikemukakan Dr Mohd Hayati Othman (PAS-Pendang), di Dewan Rakyat Rakyat hari ini, yang menyatakan hospital tersebut masih digunakan walaupun mengalami keretakan sejak setahun lalu.

Katanya, walaupun telah didedahkan mengenai keretakan tersebut oleh TV3 pada 6 November lalu, sebarang tindakan masih tidak diambil sedang ia berbahaya kepada keselamatan pesakit dan orang ramai.

Malah katanya, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Marican juga hairan mengapa masalah keretakan tersebut tidak dibawa kepada pihak atasan biarpun telah lama disedari.

sehubungan itu beliau meminta satu Jawatankuasa Penyiasatan ditubuhkan segera untuk mengkaji apa masalah sebenarnya.

Beliau juga meminta kerajaan mencari segera bangunan lain yang selamat atau menyewa bangunan lain agar rawatan dan kesihatan rakyat tidak terjejas.

Sementara itu, Pandikar Amin menolak usul tersebut kerana ia tidak perlu disegerakan dan kes tersebut katanya dalam siasatan. - mks. _

Tiada ulasan: