HALAMAN SANTAI

Sabtu, 15 November 2008

Defisit dalam Bajet 2009 Pahang meningkat

Basiron Abdul Wahab


KUANTAN - Kerajaan Umno-BN Pahang terus gagal meningkatkan hasil negeri apabila terus mengekalkan Bajet Defisit sejak hampir sedekad lalu, malah defisit dalam Bajet 2009 jauh lebih besar daripada tahun-tahun sebelumnya.

Dalam bajet 2008 lalu, defisit hanya berjumlah RM50.36 juta, tetapi pada tahun 2009 defisitnya meningkat kepada 98.61juta; peningkatan sebanyak RM48.25 juta.

Hasil kerajaan negeri juga didapati merosot daripada RM467 juta pada 2008 kepada RM461 juta dijangkakan pada 2009; berkurangan sebanyak RM5.18 juta.

Menteri Besar, Dato' Seri Adnan Yaakub membentangkan Bajet 2009 pada Persidangan Keempat Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Pahang ke-12, Jumaat lalu.

Sebagaimana biasa Adnan menjanjikan perkara positif dalam ucapan pembentanganya kali ini dengan memberi harapan kepada semua pihak bahawa kerajaannya akan memberi keutamaan kepada jentera kutipan hasil kerajaan yang lebih cekap dan mengawal perbelanjaan supaya supaya lebih berhemah untuk mengelak defisit menjadi lebih besar.

Adnan juga berkata, pendapatan air pada tahun hadapan dijangka merosot teruk apabila Jabatan Bekalan Air (JBA) dikorporatkan. Pada 2009 hasil air dijangka sebanyak RM116.15 dan kerajaan negeri mungkin kehilangan hasil itu jika JBA dikorporatkan dan kerajaan negeri memberi suntikan modal RM50juta setahun bagi permulaan operasinya. - mns _

Tiada ulasan: