HALAMAN SANTAI

Sabtu, 22 November 2008

Michael Jackson peluk Islam

Agensi


LOS ANGELES: Penyanyi kontroversi Amerika Syarikat, Michael Jackson, memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mikaeel, nama malaikat yang memberi rezeki.

Superstar muflis berusia 50 tahun itu dilaporkan memakai jubah dan kopiah ketika mengucap dua kalimah syahadah di hadapan seorang imam dalam satu majlis di sebuah rumah rakannya di sini.

Akhbar The Sun dalam laporannya semalam mendedahkan majlis itu diadakan beberapa hari sebelum Jackson atau 'Jacko' dihadapkan ke Mahkamah Tinggi London, selepas disaman oleh seorang putera Arab.

Jacko yang dibesarkan sebagai penganut Kristian, dikatakan mengambil keputusan menukar agamanya ketika beliau menggunakan studio di rumah kawan rapatnya untuk merekodkan album baru.

Rakannya, David Wharnsby seorang penulis lagu Kanada dan produser Philip Bubal, yang menasihatkan Jacko supaya memeluk Islam. Kedua-duanya juga sudah memeluk Islam dengan nama baru mereka Dawud Wharnsby Ali dan Idris Philips.

"Mereka mula berbincang mengenai agama dan bagaimana mereka menjadi seorang yang lebih baik dengan menukar agama. Tidak lama kemudian Michael mula menerima idea itu," kata sumber yang dipetik akhbar itu.

Jacko yang merakamkan lagu terkenal seperti The Way You Make Me Feel, bagaimanapun menolak nama alternatif, Mustafa bermaksud orang yang terpilih.

Penyanyi Britain, Yusuf Islam, 60, atau nama asalnya, Cat Stevens, mengalu-alukan Jacko sebagai saudara baru.

Jacko kini berdoa untuk ke Makkah selepas satu majlis diadakan di rumah pemain keybord Toto, Steve Porcaro, 51, di Hollywood Hills yang menyusun album Thriller penyanyi itu.

Jacko, yang jarang keluar rumah tanpa memakai topeng, dijangka memberi keterangan Isnin ini dalam tuntutan saman berjumlah £4.7 juta (RM25.3 juta) oleh Putera Abdulla Al-Khalif dari Bahrain.

2 ulasan:

Panglima Perang Cyber berkata...

Salam Perpaduan Ummah !

ada kawan2 suruh saya ajak tuan blog untuk dtg join perbahasan bloggers pro BN vs pro PR..

inisiatif ini saya usahakan untuk mengumpul bloggers yg berani dan sedar realiti politik sekarang.

Add email saya, untuk kt beramah mesra dan bertukar fikiran dengan team kami ttg politik negara kita.

Kita mengkritik tidak bermakna kita bergaduh, bersetuju tidak bermakna semuanya kita angguk memberi restu.

Kita mahu bloggers menjadi pihak mempertahankan yang benar dan menolak yang salah. Dengan hikmah dan mauizah hasanah..

Berani berkata benar dan nasihat dengan hikmah seperti tauladan keluarga Rasulullah, itulah yg kita mahu dalam mengumpul bloggers utk sesi sidang alam maya ini..

Lagi banyak bloggers pro dan kontra bertemu sesama sendiri lagi bagus, untuk menajamkan lagi skill perbahasan dan pengetahun serta kefahaman kita terhadap sesuatu isu.

harap tuan blog sudi datang dan sy tahu tuan memang orang yang berani @ 'ada telur' untuk bertukar fikiran dgn sesiapa sahaja..

setakat ini blogger dariAnwarDotCom, Minda Intelek, Medan Info, ,GAP, PerakBangkit, SejarahMelayu, Nobisha, Waadat, Pilihan Anda, PerigiJernih, saudagarsenja, Sarfams, paspkrdap,utusanchemoq,abagtuah, pokotua, malim muda sudah menyertai sidang maya bloggers ini..

Jemputan juga sudah dihantar ke bloggers lain seperti Kadir Jasin, Roslan SmS, Penarik Beca dll...


Sila add email saya panglimaperangcyber@yahoo.com

untuk agama,bangsa & negara kita !!

Waktu Rasmi : 9 pm

Waktu lain : bila2 masa bloggers online dan free untuk sidang.

sekian.


http://penembak-tepat.blogspot.com

ELBI RISALAH berkata...

Terima kasih atas pelawaan.

Beranggapan saya seorang yang berani rasanya terlalu ' tinggi '. Tapi , saya tetap mempertahankan yang haq tanpa tolak ansur !

Wassalam.