HALAMAN SANTAI

Isnin, 5 Januari 2009

Farid letak jawatan Senator, kuat kuasa esok

Oleh G. MANIMARAN


KUALA TERENGGANU: Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang akan mewakili Barisan Nasional (BN) bertanding pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu telah menghantar surat letak jawatan senator minggu lalu.

Peletakan jawatan akan berkuat kuasa mulai esok, kata beliau ketika ditemui pada satu majlis penyerahan komputer di wakaf Mempelam petang ini.

"Surat sudah dihantar dua, tiga hari lalu, dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Negara," kata beliau yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Farid, 46, telah dipilih untuk mewakili Umno dan BN bagi mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

Pengumuman pemilihan beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu diumumkan dua minggu lalu.

Beliau perlu melepaskan jawatan anggota Dewan Negara bagi membolehkannya bertanding dalam pilihan raya.

Tiada ulasan: