HALAMAN SANTAI

Selasa, 2 Jun 2009

Prestasi Najib: Hanya 45% pengundi puas hati

MALAYSIA KINI


Hanya 45 peratus pengundi yang berdaftar di Semenanjung Malaysia puas hati dengan prestasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika negara berdepan dengan krisis kewangan global dan kemelut politik di Perak.

Dalam tinjauan pendapat yang dijalankan oleh firma penyelidikan Merdeka Centre dari 6-15 Mei lalu - membabitkan 1,067 pengundi berdaftar - ia bertanya secara khusus pandangan mereka terhadap prestasi Najib dalam bidang politik, ekonomi dan isu-isu sosial selepas beliau dilantik sebagai perdana menteri keenam.

Memeranjatkan bahawa masyarakat India memberi sokongan terbesar - dengan 64 peratus puas hati dengan prestasi Najib - selepas mengambil alih dari Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ini diikuti oleh pengundi Melayu dengan 53 peratus puas hati dengan prestasi Najib.

Manakala bagi masyarakat Cina pula, sebahagian besarnya tidak memberi respons, dengan 53 peratus enggan menjawab soalan, dan hanya 24 peratus menyatakan puas hati dengan prestasi Najib.

Kemelut di Perak, penangkapan di baawah Akta Hasutan dan pembebasan pemimpin Hindraf serta merebaknya virus influenza A (H1N1) adalah antara perkara yang diambil kira dalam tinjauan pendapat ini.

Tiada ulasan: