Wartawan New Sabah Times Jainuddin Jimin membuat kejutan apabila
menyerahkan borang pencalonan bagi jawatan anggota jawatankuasa (AJK)
Umno bahagian Labuan sebelum proses penyerahan borang ditutup 5 petang
semalam.
Jainuddin yang juga presiden Persatuan Pengerak Media Labuan berkata
jika diberi kepercayaan untuk bersama dalam barisan AJK, beliau akan
berjuang bersama pemimpin lain mengarusperdanakan dan meremajakan parti
yang dilaungkan oleh pucuk pimpinan.
"Kita mahu melihat pembaharuan dan dengan pengalaman sebagai wartawan
yang bergelumang pelbagai isu, diharapkan ianya dapat membantu,”
katanya.
Beliau terasa terpanggil menawarkan diri bertanding jawatan AJK ini atas dasar ingin melihat Umno itu terus relevan.
“Saya memberanikan diri bertanding kerana memikirkan perlunya gandingan
di antara orang lama berpengalaman dan orang baharu bagi memastikan
barisan AJK Umno Labuan boleh dimantapkan.”
Jainuddin berkata beliau ingin membawa suara anggota akar umbi ke
peringkat tertinggi parti agar diberi perhatian khusus. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan