HALAMAN SANTAI

Selasa, 26 November 2013

PRK: Think tank Umno tak puas hati kalah di UKM

Abdullah Sani Hashim


Saya sangkakan sudah selesai isu Pilihan Raya Kampus di UKM, di samping kita melihat rancaknya demokrasi mahasiswa di beberapa kampus utama Malaysia seperti UM, UPM, UPSI, UTHM dan lain-lain . Namun, hari ini saya dikhabarkan oleh rakan MPP UKM mereka mendapat notis surat dari admin untuk tunjuk sebab berkenaan Video 'UKM dan Darah'.

Isunya adalah di dalam video tersebut, adanya suara NC diakhir video. Mereka dipohon, berikan tunjuk sebab mengapakah menggunakan nama NC, kalau saya dapat surat itu, sudah tentu saya jawab 'Sebab dia adalah Naib Canselor UKM'. Tak kan kami nak guna suara En Juri wisma aman.

Ungkapan NC di dalam video tersebut ungkapan yang baik. Mengapa tidak boleh mahasiswa meminjam ungkapannya memandangkan beliau pemimpin utama UKM.

Sebelum pada ini, sepatutnya watikah rasmi PMUKM yang baru sepatutnya pada 19/11/13, namun dikhabarkan untuk tangguh ke 26/11/13 iaitu pada hari ini. Setibanya hari ini, kita sangkakan surat untuk watikah rasmi akan tiba, Namun surat mohon tunjuk sebab video pula yang datang.

Rupa-rupanya, think tank umno tak puas hati. Kalah baru-baru ini, dan tangguhkan watikah. Tidak mengapa, PMUKM fokus dan laksanakan amanah mereka sebagai MPP UKM yang baru. Serahkan isuini kepada GMUKM. Kita dedahkan kepada mahasiswa dan masyarakat, disebalik tabir UKM. Wujudnya tangan-tangan jijik dan keji.

Saya juga menyeru seluruh mahasiswa di Malaysia. Untuk tolak calon aspirasi sebagaimana kita tolak mereka di UKM. Tahun ini, kemenangan besar untuk Mahasiswa. Insy-Allah

Abdullah Sani Bin Hashim ialah Pengerusi Gabungan Mahasiswa UKM Sesi 2013/2014

Tiada ulasan: