HALAMAN SANTAI
Selasa, 26 November 2013
GST bukan ubat ajaib elak muflis, kata PR
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hari ini menyelar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berkata Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah perlu bagi mengelak negara dari muflis.
Kata mereka, GST tidak boleh dianggap ubat ajaib untuk mengelakkan negara dari muflis.
Sambil memberikan contoh Greece yang juga melaksanakan GST, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata sistem cukai baru itu tidak boleh menyelesaikan masalah kewangan negara
"Negara kita sedang mengalami krisis kewangan yang teruk walaupun dinafikan. Sebagai contoh, Greece melaksanakan GST, namun apa jadi dengan negara itu, mereka tetap muflis juga," kata Rafizi dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Sementara Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata bantahan terhadap GST adalah kerana cara pelaksanaannya.
"Kita tidak kata sistem (GST) tidak betul, namun ini merupakan masalah korupsi, pembaziran penyelewengan," kata Khalid.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan