Isu tol lebuhraya adalah isu lama. Ia mula menjadi isu kepada rakyat
sejak lebihraya bertol mula diperkenalkan pada awal lapan puluhan
dahulu. Semasa itu Samy Velu menjadi Menteri yang bertanggungjawab
terhadap lebuhraya ini, walaupun perkhidmatan ini diserahkan kepada
pemegang konsessi untuk melaksanakan lebuhraya bertol ini.
Keresahan rakyat dizahirkan melalui berbagai-bagai cara, salah satunya
dari lagu nyanyian Hang Mokhtar.
Oleh kerana isu ini isu ‘hot’ sekarang
ini, kita ingatkan kembali lagi Ayoyo Samy nyanyian Hang Mokhtar. Untuk
meringankan rasa resah gelisah rakyat yang akan merasakan ketamakan
pemegang-pemegang konsessi bermula Januari nanti kita cuba bawa menyanyi
pula.
LIHAT VIDEO DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan