Beliau berucap sedemikian ketika membuat lawatan ke Klang malam tadi untuk bertemu dengan pimpinan dan ahli-ahli PAS di sana.
Iskandar
yang baru dilantik sebagai Pesuruhjaya 1 Disember lepas berkata
terdapat ramai yang bersedia menyumbang tenaga dan kepakaran maka ia
seharusnya digembelingkan untuk memacu PAS ke hadapan.
"Mereka
seharusnya diberi peranan sesuai dengan kemampuan masing-masing kerana
masih terdapat banyak ruang di dalam PAS untuk semua," katanya.
Menurut
beliau juga, ahli-ahli PAS hendaklah mengamalkan sikap bersangka baik
dan mengenepikan budaya label melabel yang sengaja diwujudkan oleh
musuh.
Iskandar
juga menasihatkan pimpinan PAS di Selangor agar memandang ke luar
dengan menganjurkan program-program bukan sahaja untuk ahli-ahli PAS
tetapi untuk seluruh masyarakat sesuai dengan tema Muktamar PAS tahun
ini "Rahmat Untuk Semua".
Majlis
telah berlangsung di Pejabat PAS Cawangan Palm Grove dan turut
dihadiri oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Klang, Ustaz Ahmad Nazri Nawi
selaku tuan rumah.
Iskandar
yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor telah memaklumkan
malam tadi bahawa beliau sedang mengadakan lawatan ke kawasan-kawasan
Parlimen di Selangor untuk bertemu pimpinan dan ahli-ahli PAS.
Disediakan oleh Unit Media PKM Chempaka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan