HALAMAN SANTAI

Selasa, 10 Disember 2013

Candi 11 yang dimusnah adalah tapak tamadun, bukan tempat penyembahan, kata Mukhriz

THE MALAYSIAN INSIDER



















Candi 11 yang menarik perhatian banyak pihak tindakan meroboh oleh pemaju adalah tamadun yang dipercayai bertapak di Lembah Bujang seawal kurun ke-5 hingga 8 Masehi dan bukanlah tempat penyembahan.

Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir (gambar) berkata candi itu sebaliknya hanyalah binaan yang dibuat semula pada 1974 dan boleh dibina semula di tempat lain.

"Tapak Candi 11 bukan tempat penyembahan atau ibadat semata-mata tetapi lebih kepada tamadun. Pihak berkenaan tidak perlu mendesak sangat dalam isu ini kerana kerajaan negeri juga kecewa walaupun ia kes terpencil.

"Saya tidak anggap isu ini sebagai kecil namun bukanlah gambaran pemusnahan candi yang seharusnya dipulihara," kata Mukhriz yang menjawab pertanyaan pemberita berikutan desakan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) agar tapak warisan itu diwartakan segera.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis makan tengah hari bersama Ketua-ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) cawangan Kedah hari ini.

Kerajaan negeri, kata Mukhriz, sememangnya berhasrat mewartakan semua tapak warisan malah telah beberapa kali berusaha mendapat pengiktirafan Unesco untuk mewartakan Lembah Bujang sebagai tapak warisan antarabangsa.

Mukhriz berkata beliau akan membuat cadangan kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz untuk membangunkan kawasan tamadun yang bersejarah agar menjadi pusat tarikan pelancongan bertaraf antarabangsa.

Katanya kedudukan candi yang berselerak meliputi kawasan lebih 1,000 hektar wajar dipindahkan dan ditempatkan dalam satu kawasan kerana usaha ini banyak dilaksanakan di tempat lain namun memerlukan dana yang besar.

"Kerajaan negeri tidak mempunyai dana untuk tujuan ini. Kita mempunyai komitmen lain untuk membangunkan negeri dan menjaga kebajikan rakyat," kata menteri besar.

Beliau berkata teknologi canggih seperti satelit dan alat pengesan perlu digunakan untuk mengesan dan mengenalpasti artifak serta kawasan yang mempunyai nilai warisan dan sejarah. – Bernama,

Tiada ulasan: