(KLIK SINI
: Harga kereta Malaysia VS Singapore) Hakikatnya, hakikatnya pada hari
ini berhutang 9 tahun untuk sebuah kereta memang tidak masuk akal
manusia yang hidup di dunia tanpa sempadan. Di mana ilmu dan maklumat
boleh diterima diseluruh pelusuk sumber walaupun mata, telinga, jari
“diikat” .
Kerajaan mesti, mesti mengurangkan cukai kereta jikalau benar-benar sayangkan rakyat Malaysia sesuai dengan slogan :
“rakyat didahulukan pencapaian diutamakan”
Pengangkutan awam di seluruh Malaysia
masih lagi ditahap yang menyedihkan dan kereta telah menjadi satu
keperluan, bukan lagi kehendak. Harga tinggi, kadar faedah yang
ditawarkan kepada rakyat tinggi, yang mana akhirnya hutang rakyat terus
melonjak tinggi.
Harga Kereta Tinggi Untuk Lindungi Proton?
Umur Tun Mahathir sudah pun mencecah 88
tahun. Tetapi masih lagi kuat dan gagah membela nasib “baby project”
kesayangannya. Mengapa orang berkuasa sukar benar untuk mengakui
kesilapan untuk bertindak segera memperbetulkan keadaan? Mengapa?
Mengapa masih lagi ada sikap ego yang tinggi untuk menjaga air muka,
status dan kuasa yang ada pada mereka?
- Berapa lama lagi mahu dilindungi ”baby project” seperti Proton ini?
- 3 generasi lagi?
- STOP defending the indefensible. Own up to your mistakes
Cuba
tanya orang lama-lama yang pada awal-awal memiliki model kereta Proton
dahulu, ada mereka berhutang? Umur berapa mereka mula berhutang?
Majoriti mesti akan mengatakan hutang yang pertama sekali dibuat mereka
adalah ketika membeli rumah dan kereta. Itu pun hutang yang diambil agak
kecil. Masih lagi munasabah. Tetapi generasi hari ini, iaitu anda, anda
di sini yang lahir pada tahun 80 an, 90 an habis sahaja SPM sudah
diperkenalkan dan berjinak-jinak dengan hutang dalam hidup anda. Hutang
apa? Berita Semasa pulangkan persoaklan ini untuk dijawab oleh anda….
- Baguskah berhutang?
- Apa maknanya apabila diusia awal muda sudah berhutang?
- Adakah bermakna kehidupan kita menjadi semakin baik?
Kenapa semua ini terjadi? Rakyat
Malaysia terpaksa berhutang dan bersusah payah bagi memastikan legasi
pembuatan kereta sendiri terus bertahan sehingga ke hari ini.
Persoalannya sekarang, “kenapa perlu rakyat dibebankan dengan hutang
yang lebih banyak semata-mata mahu pastikan Proton terus hidup?”
Malaysia Dengan Kereta Nasional VS Malaysia Tanpa Kereta Nasional. Pilihan Anda?
Cuba
kita semua renung sekejap sebuah negara yang pernah berdiri sama tinggi
dengan Malaysia pada ero zaman 90 an di mana Malaysia, Korea Selatan
terkenal dengan gelaran Harimau Asia kerana lonjakan ekonomi yang pesat
ketika itu. Sejarah kereta Korea bermula daripada mereka dikenali
sebagai pengeluar basikal sehinggalah mereka boleh buat kereta dan
memang benar mereka mengambil masa berpuluh tahun. Malaysia? Pernah buat
basikal? Mana ada. Ya…ada juga Petronas membuat basikal tapi malangnya
rakyat marhaen mampu memandang sahaja tatakala harga jualan diletakkan. Industri kereta negara wujud terlalu cepat dan pantas tanpa wujud tempoh masa menimba pengalaman belajar dahulu.
Malaysia tidak mampu menghasilkan basikal, bagaimana mungkin kita mampu menghasilkan kereta? Pelik…
Suka atau tidak Malaysia mengambil
tindakan melulu tanpa berfikir panjang semata-mata mahu merealisasikan
impian mahu mengeluarkan kereta sendiri. Nah….sekarang kita sudah mula
membayar harganya sikit demi sedikit, semata-mata mahu terus
merealisasikan impian yang di atas. Sekarang ini pun had pencen sudah
dinaikkan. Apa maknanya itu? (KLIK SINI)
Bagi
Berita Semasa jikalau mahu menjaga reputasi dan maruh “baby project”
seperti Proton tiada salahnya, tetapi bukan dengan cara membebankan
rakyat Malaysia dengan sengsara menanggung hutang sehingga berbelas
tahun asalkan boleh berkereta. Pendapat Berita Semasa samada Proton mahu
buat kereta elektrik, hibrid, carilah pendapatan anda dengan cara yang
betul bukan dnegan cara “paksaan secara halus“. Bukannya menindas rakyat dengan meletakkan polisi yang menekan rakyat untuk membuat pilihan mereka.
Rakyat Malaysia majoriti tidak mahu lagi
terlibat dengan perniagaan yang dinamakan kereta Nasional. Apa yang
paling penting bag mereka sekarang ini adalah survival mereka untuk
terus menempuh kehiduapan yang terus mencabar terutamanay di kawasan
bandar di atas nama bumi Malaysia ini.
Apa pendapat dan respon balas anda pula?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan