HALAMAN SANTAI

Isnin, 2 Disember 2013

Himpunan Bersih 4.0 jika tuntutan ditolak – Maria Chin

Oleh: Masdar Wahid


KUALA LUMPUR 1 NOV:  Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihanraya Bebas dan Adil (BERSIH) yang baru tidak menolak kemungkinan akan meneruskan himpunan sekiranya tuntutan mereka untuk pembersihan pilihan raya tidak dilakukan, kata Pengerusinya, Maria Chin Abdullah.

Antaranya, tuntutan agar persempadan semula kawasan pilihan raya oleh SPR dihentikan sehingga semua masalah berkaitan dengannya diselesaikan.

“Himpunan Bersih 4.0 akan dibuat jika segala tuntutan kita ditolak kerajaan Datuk Seri Najib Razak. Ia pilihan terakhir dan tarikh sebenar himpunan itu hanya akan kita ketahui seawal April tahun depan,” katanya kepada Keadilan Daily.

Buat masa ini katanya, Bersih akan memohon kepada Yang di-Pertuan Agong agar melantik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru bagi menggantikan ahli sedia ada.

“Petisyen ini akan dihantar mungkin penghujung Januari 2014 dan pada masa sama, kita juga sedang menanti laporan daripada Tribunal Rakyat mengenai perjalanan  Pilihan Raya Umum (PRU) Mei lalu. Hasilnya dijangka diketahui antara Februari atau Mac 2014.

“Selepas itu, baru kita timbang mengenai himpunan Bersih seterusnya,” katanya lagi.

Tribunal Rakyat yang diadakan pada 18 hingga 22 September lalu mendedahkan pelbagai kecurangan SPR dan penipuan dalam PRU lalu termasuk daftar pemilihan meragukan, Orang Asal dipaksa mengundi BN dan kes bunuh seorang pegawai calon KEADILAN sehari sebelum pengundian.

Tiada ulasan: